DIG Holding

Aura Seri kembali bersinar membantu usahawan

SEBELUM kosmetik lain menguasai pasaran tempatan masa kini, jenama Aura Seri terlebih dahulu melalui era tersebut kerana produk berkenaan telah 20 tahun beroperasi.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20, produk yang diasaskan oleh Datin Ira Ghani itu mengambil inisiatif melakukan penjenamaan semula perniagaan kosmetik Aura Seri dengan nama Aura Seri by DIG.

Ira atau nama sebenarnya, Nor Zaina Abd. Ghani, 43, berkata, Aura Seri by DIG antara syarikat yang menjadi pelopor dalam menjalinkan kerjasama dengan artis dan program hiburan sejak dua dekad lalu.

Lantaran, ia merupakan satu penghargaan buatnya apabila masih mendapat sokongan daripada rakan artis dan pengguna.

“Saya bersyukur masih ada yang kenang kami. Ramai yang bersama kami dahulu dan banyak aktiviti yang kami lakukan. Pada yang masih sudi menyokong, saya ucapkan setinggi penghargaan.

“Insya-Allah kami tidak lokek untuk berkongsi rezeki dan menjalankan usaha sama dengan mereka,” katanya yang pernah berlakon dalam drama 7 Hari Mencintaiku, Kerana Anisa dan Menantu Ting Tong.

Pemilik Diploma in Alternative Medicine dari Universiti Terbuka Antarabangsa, Kolkata, India itu berkata, Aura Seri by DIG mengukuhkan jenama dengan siri produk yang lebih berkualiti dengan slogan ‘Titisan Dari Kayangan’.

Beliau berkata, selain produk baharu keputusan untuk merancakkan lagi Aura Seri by DIG ialah membuka peluang perniagaan kepada semua pihak untuk menjana pendapatan dalam suasana pandemik Covid-19 ini.

Nama baharu produk yang diasaskan oleh Ira Ghani ditukar kepada Aura Seri by DIG.
Nama baharu produk yang diasaskan oleh Ira Ghani ditukar kepada Aura Seri by DIG.

“Pendekatan perniagaan kami sesuai untuk semua peringkat umur dan meneruskan revolusi perniagaan dalam talian sesuai dengan situasi semasa yang berlaku. Produk kami juga sudah ada pengikut sendiri dan menyediakan bimbingan pada mereka yang mahu menyertainya.

“Saya sendiri kini aktif sebagai pembimbing dan perniagaan termasuk bersama MARA dan sering menjalankan kelas. Saya akan gunakan kemahiran saya untuk pastikan usahawan Aura Seri by DIG berjaya dalam bidang ini,” katanya yang pernah menjadi pengacara program Feminin di TV1.

Beliau menambah, satu program khas pencarian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muda juga akan dilakukan sempena dengan penjenamaan semula 20 tahun Aura Seri by DIG dan terbuka kepada mereka yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.

Ira berkata, semua perincian mengenai perkara dan produk Aura Seri by DIG akan dimaklumkan kemudian dengan lebih terperinci.

Aura seri by DIG menganjurkan program pencarian CEO Muda sempena penjenamaan semula produk tersebut.
Aura seri by DIG menganjurkan program pencarian CEO Muda sempena penjenamaan semula produk tersebut.

Sementara itu, lebih daripada 20 artis tanah air yang pernah bekerjasama dengan jenama Aura Seri sebelum dan semasa turut tampil mengucapkan tahniah atas penjenamaan semula produk tersebut.

“Saya memang tak sangka bila ramai yang sudi rakam video dan berikan ucapan tahniah kepada kami. Alhamdulillah lebih daripada 20 artis yang berikan ucapan kepada kami sempena kemunculan semula 20 tahun Aura Seri by DIG.

“Lebih manis, mereka juga izinkan kami siarkan ucapan itu di media sosial kami sempena kemunculan semula kami secara rasminya pada hari ini (15 Februari),” katanya kepada media.

Antara artis berkenaan termasuklah Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Awie, Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Rosyam Nor, Zizan Razak, Shiha Zikir, Ezad Lazim, Liza Abdullah dan David Teo.

Artikel Asal : https://bebasnews.my/?p=54207

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *