Pelakon dan usahawan terkenal, Datin Ira Ghani meluahkan rasa terharu dengan sokongan rakan artis terhadap dirinya meskipun sudah lama tidak muncul secara komersil baik dalam bidang seni mahupun perniagaan yang diusahakan.
Rakan Selebriti Sokong Perniagaan Ira
Menurut Ira yang merupakan pengasas bagi Aura Seri, meskipun jenama tersebut sudah menginjak 20 tahun, namun ia masih menjadi pilihan ramai pengguna termasuk dikalangan selebriti popular. Bukan hanya menjadi duta, malah ada diantara mereka merupakan pengguna setia jenama produk kosmetik ini sejak awal penubuhannya.
“Saya memang tak sangka bila ramai yang sudi rakam video dan berikan ucapan tahniah kepada kami. Alhamdulillah lebih daripada 20 artis yang berikan ucapan kepada kami sempena kemunculan semula 20 tahun Aura Seri by DIG.
“Lebih manis, mereka juga izinkan kami siarkan ucapan itu di media sosial kami sempena kemunculan semula kami secara rasminya pada 15 Februari ini,” katanya kepada media
Jenamakan Semula
Bersempena dengan ulang tahun ke 20 syarikatnya, pelakon 7 Hari Mencintaiku ini berkongsi khabar akan menjenamakan semula perniagaan kosmetiknya Aura Seri yang dikenali sebagai Aura Seri by DIG.
“Saya bersyukur masih ada yang kenang kami. Ramai yang bersama kami dahulu dan banyak aktiviti yang kami lakukan. Pada yang masih sudi menyokong, saya ucapkan setinggi penghargaan”
“Insya-Allah kami tidak lokek untuk berkongsi rezeki dan menjalankan usaha sama dengan mereka,” katanya lagi
Sebagai info, Aura Seri by DIG antara syarikat yang menjadi pelopor dalam menjalinkan kerjasama dengan artis dan program hiburan sejak dua dekad lalu . Antara artis berkenaan termasuklah Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Awie, Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Rosyam Nor, Zizan Razak, Shiha Zikir, Ezad Lazim, Liza Abdullah dan David Teo.
Dalam perkembangan lain, bersempena dengan ulangtahun syarikat mereka,beberapa perancangan seperti pelancaran produk baharu dan pencarian CEO Muda akan diadakan kelak.
Artikel Asal : https://murai.my/2021/100319/ira-ghani-terharu-rakan-selebriti-masih-beri-sokongan/