DIG Holding

Titisan Dari Kayangan

KUALA LUMPUR: ‘Titisan Dari Kayangan’ menjadi tagline baharu bagi jenama Aura Seri yang kini dikenali dengan nama Aura Seri by DIG. 

Identiti baharu itu sebagai langkah serius untuk kembali aktif sempena ulang tahun ke 20 syarikat berkenaan yang terkenal dengan siri produk kosmetik dan terapi diri.

Pengasasnya Datin Ira Ghani berkata, selain produk baharu Aura Seri by DIG ialah membuka peluang perniagaan kepada semua pihak untuk menjana pendapatan dalam suasana pandemik Covid-19 ini.

“Pendekatan perniagaan kami sesuai untuk semua peringkat umur dan meneruskan revolusi perniagaan dalam talian sesuai dengan situasi semasa yang berlaku. Produk kami juga sudah ada pengikut sendiri dan menyediakan bimbingan pada mereka yang mahu menyertainya.

Aura seri by DIG menganjurkan program pencarian CEO Muda sempena penjenamaan semula produk tersebut.
Aura seri by DIG menganjurkan program pencarian CEO Muda sempena penjenamaan semula produk tersebut.

“Saya sendiri kini aktif sebagai pembimbing dan perniagaan termasuk bersama MARA dan sering menjalankan kelas. Saya akan gunakan kemahiran saya untuk pastikan usawahan Aura Seri by DIG berjaya dalam bidang ini,” katanya.

Beliau menambah satu program khas pencarian CEO Muda juga akan dilakukan sempena dengan penjenamaan semula 20 tahun Aura Seri by DIG dan terbuka kepada mereka yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.

Ira berkata, semua perinciaan mengenai perkara dan produk Aura Seri by DIG akan dimaklumkan kemudian dengan lebih terperinci.

Sementara itu, Ira yang pernah membintangi drama Kerana Anisa mengakui terharu dengan sokongan rakan artis terhadap dirinya meskipun sudah lama tidak muncul secara komersil baik dalam bidang seni mahupun perniagaan yang diusahakan.

Berkongsi cerita, Ira berkata beliau tidak sangka mendapat maklum balas positif selepas berkongsi bakal muncul dengan penjamaan semula perniagaan kosmetiknya itu.

“Saya memang tak sangka bila ramai yang sudi rakam video dan berikan ucapan tahniah kepada kami. Alhmadulillah lebih daripada 20 artis yang berikan ucapan kepada kami sempena kemunculan semula 20 tahun Aura Seri by DIG.

“Lebih manis, mereka juga izinkan kami siarkan ucapan itu di media sosial kami sempena kemunculan semula kami secara rasminya pada 15 Februari ini,” katanya kepada media.

Ira berkata, Aura Seri by DIG antara syarikat yang menjadi pelopor dalam menjalinkan kerjasama dengan artis dan program hiburan sejak dua dekad lalu . Lantaran, ia ialah satu penghargaan buatnya apabila masih mendapat sokongan daripada rakan artis.

“Saya bersyukur masih ada yang kenang kami. Ramai yang bersama kami dahulu dan banyak aktiviti yang kami lakukan. Pada yang masih sudi menyokong, saya ucapakan setinggi penghargaan.

“Insya-Allah kami tidak lokek untuk berkongsi rezeki dan menjalankan usaha sama dengan mereka,” katanya.

Antara artis berkenaan termasuklah Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Awie, Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Rosyam Nor, Zizan Razak, Shiha Zikir, Ezad Lazim, Liza Abdullah dan David Teo.

Gayah ucapakan semoga sukses dan Aura Seri by DIG terus gemilang membantu usahawan tempatan.

 

Artikel Asal : https://gayahistyping.com/2021/02/titisan-dari-kayangan/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *