sejarah penubuhan syarikat

DiG Holding Sdn Bhd

Dari mana kami Bermula, sehinggalah kini

Sejarah penubuhan syarikat

DiG Holding Sdn Bhd

DiG Holding Sdn Bhd di tubuhkan pada tarikh : 17 December 2020 dengan secara rasminya. Namun sebelum ini segala urusan dan perjalanan Perniagaan telah dikendalikan oleh Positive Image Resources sejak tahun 2003 lagi. Positive Image telah mula beroperasi dengan menjalankan perniagaan memberi perkhidmatan trainning atau kursus yang berkaitan Pembangunan Modal Insan dan juga Kursus yang berkaitan Mengubah Minda. Selain itu Positive Image juga telah memasarkan Produk Keluarannya di bawah Jenama AURA SERI . Dimana AURA SERI merupakan Produk yang berasaskan Aromatherapy untuk membantu memulihkan dan merawat AURA yang bermasalah sehingga menjadikan Jenama AURA SERI menjadi Jenama No 1 dalam industries Kecantikan dan Kesihatan melalui Teknologi Aura . DiG HOLDING SDN BHD ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyatukan kesemua anak- anak syarikat yang telah sedia ada supaya berdiri dibawah satu bumbung yang lebih besar. Ini juga akan membuatkan ia lebih berstruktur dan bersistematik dalam setiap urusan perniagaan . DiG HOLDING SDN BHD ini dimiliki penuh oleh Bumiputra seratus peratus. Ia juga telah menyediakan segala perancangan MISI dan VISI yang jauh lebih besar untuk memastikan ia akan terus berkembang maju dan berdaya saing.

FOUNDER & MANAGING DIRECTOR

Datin Ira Ghani

Beliau Telah Mula Menjadi Usahawan Lebih 20 tahun yang lalu dengan memiliki perniagaan dan jenama sendiri iaitu Aura Seri Dan Aura Genius.. pernah mencetuskan fenomena sebagai perintis terkini di dalam dunia kecantikan melalui teknologi AURA sehingga menjadi ikutan ramai sehingga kini.

Kehebatan dan testimoni Produk AURA SERI telah berjaya mencipta nama hingga ke persada antarabangsa sehingga telah menerima pengiktirafan dan anugerah Gatte Fosse Award Dari International Health Science Institute..

Membawa pengalaman luas didalam dunia keusahawanan maka beliau telah mendapat kepercayaan dengan dilantik menjadi Mentor MARA sejak tahun 2007, juga pernah dilantik menjadi Konsultan Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun, MDEC,SSM serta agensi-agensi kerajaan yang lain-lain.

Kecintaan beliau didalam bidang pendidikan dan latihan telah menjadikan beiau sebagai Ikon & Perunding Motivasi dan Latihan terutama didalam bidang keusahawanan dan pembangunan insan sejak 20 tahun yang lalu..Kepakaran beliau adalah didalam mengendalikan Modul Mengubah Mindset,Memperkasa Aura dan Minda,Self Branding,Power Image & Personaliti Unggul,Millionaire Mind Power dan beliau juga adalah merupakan Co-Founder MINDA IKAN PAUS.

Beliau Adalah Penerima Tokoh Usahawan Muda Malaysia dari Universiti Malaya (UM) 2011 Penerima Anugerah Image dan Personaliti Terbaik MARA 2011,Top Finalis Wanita Ikon Malaysia 2007 pernah di nobatkan sebagai 22 Most Glamorous Women in Malaysia Oleh Majalah GLAM.. sering menjadi penghias majalah dan akhbar tempatan. Kerapkali menjadi tetamu jemputan tv sebagai panel. Beliaua juga pernah menjadi Hos Televisyen di RTM di dalam program bual bicara wanita FEMININ secara langsung selama 2 tahun. Beliau juga terlibat secara sambilan didalam industri seni sebagai Pelakon Drama dan Telemovie. Kini amat bergiat aktif sebagai Mentor, Trainer,Coach, Motivator Keusahawanan dan Pembangunan Diri. Dibelakang beliau telah lebih 20 tahun pengalaman melatih usahawan dalam memajukan diri dan perniagaan.. Beliau telah berjaya melahirkan ramai Usahawan yg telah berjaya di dalam perniagaan masing-masing. Juga banyak terlibat bersama NGO.. dimana kini beliau menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden Kuala Lumpur International Chamber Of Commerce (KLCC). Menjadi Ketua Srikandi di dalam Pertubuhan Adat dan Keris Melayu Nusantara(PESANTARA ) pernah dilantik menjadi Pengarah Eksekutif Pembangunan Keusahawanan oleh Yayasan Peneraju Keusahawanan Bumiputra (PENERAJU),dan baru-baru ini dilantik menjadi Timbalan Presiden 2 di Yayasan Bina Insan Malaysia ( YBIM ) Beliau juga telah di lantik sebagai FELO BERSEKUTU di Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia dan terbaru telah menerima Pengiktirafan & Anugerah 100 Top Young CEO 2019 in Education & Training Industry oleh IKON Magazine dan juga telah menerima Anugerah Life Time Achievement Award- Training and Education 2019 oleh MOCAD ( Malaysia Organisation Of Company Director)

Kekal Berhubung

Managing Director, Datin Ira Ghani
director

Muhamad Danish Irfan Bin Dato Ibrahim

Beliau telah menamatkan pendidikan awal hingga menengah di Sri Utama International School Kuala Lumpur. Setelah tamat peringkat Menengah didorong minat yang begitu mendalam terhadap bidang kulinari beliau telah mengambil Kursus Kulinari di Food Institute Malaysia (FIM )selama 6 bulan.
Selepas menamatkan pengajian nya di FIM, beliau telah berpeluang mencari pengalaman bertugas sebagai Assistant Chef di sebuah restoran di Kuala Lumpur selama 6 bulan.

Kemudian beliau telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menceburkan diri didalam bidang pembangunan insan dengan menjadi Program Co-ordinator dengan diberi tugas menyelenggara kan program latihan dan juga event di syarikat penyedia latihan Positive Mind Resources.

Kemudian diatas dasar sifat yang sentiasa ingin mencuba dan meneroka pengalaman baru, Beliau juga telah melibatkan diri menjadi “Model” sambilan dimana beliau telah turut berpeluang berada di pentas-pentas Peragaan terkemuka seperti KL Fashion Week, Piala Seri Endon, Huawei, live event dengan memperagakan beberapa jenama-jenama fesyen dari pereka fesyen terkenal di Malaysia serta memperagakan beberapa jenama fesyen di dalam akhbar tempatan.

Memandangkan minat beliau yang begitu mendalam didalam bidang perniagaan kini beliau telah mengambil langkah lebih serius dengan memegang jawatan sebagai Director di DiG HOLDING SDN BHD.

Dengan memegang portfolio tinggi di syarikat DiG HOLDING SDN BHD ini beliau berperanan menggalas tanggungjawab besar bagi memacu serta membantu syarikat dalam mengembangkan lagi perniagaan.

Kini bergelar sebagai Usahawan Muda berjawatan Director didalam syarikat DiG HOLDING SDN BHD ditambah lagi dengan personaliti beliau yang bersikap positif,kreatif,aktif dan agresif beliau diyakini mampu berkongsi pelbagai idea, strategi dan tenaga baru yang lebih segar mengikut arus teknologi masa.

Dengan penuh semangat,iltizam dan keyakinan yang tinggi kini beliau bersedia memastikan perjalanan dan halatuju syarikat DiG HOLDING SDN BHD seiring dengan peredaran zaman di era kini.

Kekal Berhubung

Director, Muhamad Danish Irfan Bin Dato Ibrahim

MISI

VISI

Produk & Perkhidmatan

DIG-HEALTH&BEAUTY-BLACK
DIG-COSMETIC-BLACK
DIG-EVENT-MANAGEMENT-BLACK
DIG-HOMEFURNITURE-BLACK
DIG-SHOPEE-MALL-BLACK
DIG-WELLNESS-BLACK
DIG-TRAINING&CONSULTANCY-BLACK
DIG-TV-CHANNEL-BLACK