DiG Home & Furniture

DiG Home & Furniture

Citarasa Anda, Lambang Hidup Anda!

DiG Home & Furniture

Latarbelakang

Citarasa keatas gayahidup kini semakin berubah dan tiinggi.Ramai yang idamkan perabot bukan saja cantik tetapi menepati citarasa dan kehendak diri serta keluarga.

Kami di DIG HOME FURNITURE menyediakan pelbagai jenis pilihan perabot kontemporari, klasik dan moden dengan citarasa anggun dan mewah namun pada kadar harga mampu milik.

Ini adalah selaras dengan matlamat kami yang mahu menambah nilai hidup pada setiap keluarga supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih berprestij dan berkualiti.

Di DIG HOME FURNITURE kami juga mahu membantu dan menyokong anda bahawa anda juga boleh dan mampu seperti orang lain juga namun lebih bijak berbelanja dengan hemat dan berbaloi-baloi.

Tidak dapat dinafikan bahawa perabot juga adalah sebahagian dari lambang,imej,bahasa dan status kepada sesebuah keluarga itu.Sebagai contoh perkara pertama yang tetamu akan lihat sejurus masuk ke rumah anda adalah set sofa yang berada diruang tamu.Sebagai tuan rumah sudah pasti anda mahu memberikan keselesaan kepada tetamu dah ahli keluarga anda sendiri.Dalam masa yang sama anda juga mahu menjaga status diri dan keluarga anda juga. Jangan bimbang kerana kami di DIG HOME FURNITURE akan menyediakan perabot yang anggun,cantik dan punyai auranya yang tersendiri,malah bukan saja cantik yang kami tekankan,kami juga buatkan ianya supaya selesa dan sedap duduk sehingga duduk berjam-jam pun tidak terasa.

Sudah pasti ianya akan lebih mengeratkan perhubungan kekeluargaan yang lebih baik bila semua ahli keluarga dapat duduk lebih lama bersama.”The Family That Sit Together Always Stay Together”

Ini adalah kerana kami memahami citarasa dan kehendak pelanggan kami sepertimana kehendak dan citarasa kami juga.

Proses pembuatan perabot-perabot kami pula telah melalui tahap piawaian yang tinggi dari pemilihan kayu,fabrik,kulit dan pelbagai aksesori yang lain.Setiap kayu yang kami pakai kami memastikan ianya dirawat dengan baik agar tahan lama serta kalis serangga.

Demi ketenangan minda anda kami juga memberikan jaminan kualiti terhadap setiap produk keluaran kami.Kami bertanggungjawab diatas setiap kecacatan atau kerosakan yang berpunca dari pihak kami.

Dengan perabot dari dari DIG HOME FURNITURE kini keluarga anda pasti menikmati kehidupan yang lebih indah dan bahagia.Rumah pun pasti lebih berseri-seri!

Citarasa Anda,Lambang Hidup Anda!